suria

Calit sedikit mekap terus disuruh pakai purdah! Wanita hilang keyakinan diri lepas kahwin, suami tak izin melaram luar rumah

Membahagiakan isteri adalah tanggungjawab utama suami untuk menjamin keharmonian rumah tangga dan keberkatan rezeki. -Gambar hiasan AI

PERUBAHAN dalam kehidupan selepas berkahwin bukan sahaja melibatkan rutin harian, malah turut memberi kesan kepada penampilan diri apabila segala pilihan kini perlu mengikut kehendak suami.

Menurut wanita itu, dia sebelum ini bebas bergaya dan tidak pernah berasa kurang yakin namun berbeza selepas mendirikan rumah tangga apabila kini tidak dibenarkan bersolek.

Malah, pemilihan pakaian turut terhad apabila dia hanya dibenarkan memakai pakaian longgar yang kebanyakannya berwarna gelap tanpa corak, sehingga membuatkan dia hilang minat untuk bergaya.

"Rasa malas nak melawa dah selepas kahwin. Suami tak bagi pakai mekap walaupun saya jenis lightweight make up je.

Sudah menjadi naluri wanita pastinya ingin tampil cantik dari hujung rambut sampai kaki. -Gambar hiasan AI

"Biasanya pakai abaya dan jubah je. Kalau pakai seluar pun, banyak songehnya. Tak ada mood cari baju raya sebab semua yang cantik dekat mata saya dia tak berkenan.

"Warna baju pun dia benarkan pakai yang gelap dan tak ada corak. Nak shopping baju atau apa-apa barang pun jadi malas sebab tahu nanti suami akan bising," luahnya.

Tambahnya, perubahan tersebut membuatkan dia berasa tidak secantik dahulu, malah penampilannya kini disifatkan seperti 'makcik' dengan pakaian longgar dan tudung sarung.

"Dulu saya tak pernah insecure sebab dekat mata saya... saya cantik. Apabila sudah berkahwin, tak cantik dah. Pakai macam makcik-makcik dengan tudung sarung je.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri buat video tutorial mekap, suami ‘kaki bertukang’ tunjuk skil jadi suara latar ... layankan saja sebut ‘eyebrows paint’, Ariana Grande!

ARTIKEL BERKAITAN: Berjurai air mata isteri-isteri orang tengok lelaki ini pilih ‘makeup’ raya untuk buah hati di rumah, dipuji pandai hargai pasangan

"Baju besar gedabak. Muka pucat, tak ada seri. Kalau pakai mekap sikit, saya kena marah. Disuruh saya pakai purdah pula," jelasnya lagi.

Hantaran yang dibuat wanita ini menerima pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya dengan memberikan pendapat dan cadangan.

"Awak pakai mekap dekat rumah. Sebenarnya tak salah melawa tapi pada orang yang betul iaitu suami awak. Apabila awak berhias cantik-cantik depan suami, Insya-Allah pahala berlipat ganda.

  • Lepas kahwin, penampilan perlu ikut kehendak suami.
  • Solekan dan baju pilihan sendiri tak dibenarkan.
  • Takut disukai suami jadi wanita ini malas nak shopping.
  • Keyakinan diri makin hilang.
  • Jelaskan suami berubah selepas kahwin, mula kawal.

"Benda-benda macam ni sepatutnya kena bincang dengan suami sebelum kahwin. Sudah kahwin jangan buat-buat terkejut dengan permintaan suami," komen sesetengah netizen.

Mengulas kritikan netizen, wanita itu menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah menghalang cara pemakaian atau penampilannya sebelum berkahwin.

"Sebelum kahwin elok je saya pakai apa pun saya nak. Dia pun tak ada berkeras suruh tukar itu ini. Lepas kahwin dia buat saya berhenti.

"Suami cakap, dulu sebelum kahwin dia tak ada hak (tegur isteri), sekarang baru ada hak nak hentikan," jelasnya membalas salah satu komen netizen.

Artikel Lain