suria

Dulu jadi kegilaan sebab ‘six pack’, sekarang perut dah berlapis! Wanita meluat rakan sepejabat bangga cerita kisah zaman ‘bad boy’

Jaga tingkah laku dan adab sopan santun ketika berada di pejabat. -Gambar hiasan AI

SIKAP seorang lelaki gemar membuka cerita mengenai 'kehebatan' masa silamnya walaupun sudah berkeluarga membuatkan rakan sepejabat wanita berasa tidak selesa.

Menurutnya lelaki itu dengan bangga bercerita pengalaman lampau dengan tujuan cuba menggambarkan dirinya sebagai bekas bad boy yang digilai ramai wanita.

Apa membuatkan dia lebih meluat apabila rakannya itu seolah-olah tidak berasa malu dengan kehidupan lampau malah menyalahkan golongan wanita yang menggatal dengannya.

Elakkan daripada membuatkan rakan sekerja tidak selesa ketika bekerja. -Gambar hiasan AI

"Rakan sepejabat aku suka cerita fasal masa silam dia yang konon terpaling bad boy. Aku tak pernah rasa tertarik pun nak tahu ye.

"Jadi saya terus tegur dia cakap apa buatkan kau terfikir aku nak dengar eh cerita ini semua? Terutama sekali bila kau dengan bangga tegaskan yang kau tak salah sebab mereka yang bagi.

"Kemudian lelaki itu kata dia cerita sebab tak nampak aku sebagai perempuan, jadi dia minta maaf kalau aku terasa. Masalahnya tiada siapa tanya fasal cerita itu," katanya.

Apa mencuit hatinya, lelaki itu juga dengan bangga memberitahu dia menjadi kegilaan kerana pernah memiliki bentuk badan six pack.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak nampak 'gatal', siap ikut tabligh... Wanita sukar percaya kekasih disangka alim terlanjur dengan rakan sekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!

Menurut wanita itu, kenyataan tersebut hanya menambah rasa geli kerana lelaki berkenaan kini sudah jauh berubah dan masih terperangkap dengan nostalgia zaman silam.

"Kononnya aku pula yang terasa? Engkau tu aku pandang pun tidak, inikan pula sebagai lelaki. Saya persoalkan kenapa perempuan bagi lelaki ini peluang. Kau tahu dia cakap apa?

"Sebab dulu aku ada six pack. Bro, engkau dah la tak berapa 'helok', lepas tu cerita zaman tok kadok. Sekarang six pack kau tu dah 'tenggelam' dengan tayar-tayar lemak.

"Kau tu sudah kahwin. Apa masalah nak cerita kisah semua ni dekat orang? Jijik tau," ceritanya lagi.

  • Wanita geli dengan rakan sepejabat lelaki suka cerita kisah ‘bad boy’ walaupun sudah berkahwin.
  • Lelaki itu bangga berkongsi pengalaman silam bersama beberapa wanita terdahulu.
  • Wanita tersebut menegurnya kerana tidak selesa mendengar cerita berkenaan.
  • Lelaki itu mendakwa dahulu dia ada ‘six pack’ dan sebab itu ramai perempuan tertarik.
  • Netizen menganggap lelaki itu sekadar mahu menunjuk dan cuba menguji reaksi wanita tersebut.

Perkongsian wanita ini mengundang pelbagai komen netizen yang turut faham tentang 'acuan' lelaki yang bersikap sedemikian.

"Dia sebenarnya sedang cuba mengajak awak ke arah perkara yang bukan-bukan, cuma masih tunggu green light daripada awak. Mungkin sebelum ini perempuan yang dia dekati mudah terpedaya, dia sangka semua perempuan sama saja.

"Bad boy pencen selalunya sekarang badan 'ayam gepuk', perut pun terjuih. 

"Orang yang terlalu suka bercerita tentang zaman kegemilangannya biasanya hanya mahu kita kagum dan memuji dia, sedangkan realiti di depan mata langsung tidak seindah cerita yang disampaikan," komen sesetengah netizen.

Artikel Lain