suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia buang saya masa tengah zero” - Suri rumah buntu suami tiba-tiba nak cerai... Kerjaya tiada, simpanan pun kosong!

Kebanyakan wanita memilih untuk menjadi suri rumah tangga selepas berkahwin. -Gambar hiasan AI

DEMI memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang buat keluarga, ramai wanita yang sanggup mengetepikan impian serta kerjaya yang mereka bina selepas mendirikan rumah tangga.

Namun malang bagi segelintir individu apabila pengorbanan yang dibuat dengan penuh keikhlasan itu akhirnya bertukar menjadi satu penyesalan selepas mahligai yang dibina berakhir dengan perpisahan.

Bagi wanita ini, penceraian yang tidak diduga membuatkan dia terpaksa memulakan semula kehidupan dari bawah selepas sekian lama mengorbankan kerjaya demi keluarga.

Meluahkan kebimbangan di media sosial, dia yang kini berstatus suri rumah tangga sepenuhnya turut mengakui berasa buntu dan takut selepas suaminya tiba-tiba menyatakan hasrat untuk berpisah.

Kesetiaan dan kejujuran merupakan kunci utama kebahagiaan. -Gambar hiasan

Kesetiaan dan kejujuran merupakan kunci utama kebahagiaan. -Gambar hiasan

"Macam mana kehidupan selepas bercerai? Saya suri rumah dan tiba-tiba suami nak ceraikan.

"Saya terkontang-kanting juga sebab sudah lama sangat tinggalkan kerjaya. Macam mana nak mula semula?" luahnya di Thread.

Adunya lagi, dia kini mempunyai dua orang anak yang masih kecil iaitu masing-masing berusia tiga tahun tiga bulan dan setahun tujuh bulan.

Katanya, sepanjang perkahwinan dia banyak berkorban demi memastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan baik termasuk menggadaikan barang kemas yang dimiliki.

  • Wanita buntu selepas suami tiba-tiba mahu bercerai.
  • Sudah lama tinggalkan kerjaya demi keluarga dan anak-anak.
  • Dakwa tiada simpanan, malah pernah gadai barang kemas untuk kelangsungan hidup.
  • Takut memulakan hidup baharu ketika berada di titik paling sukar.
  • Netizen beri semangat, yakin dia mampu bangkit demi masa depan anak-anak.

"Simpanan memang tak ada langsung sebab saya tolong suami untuk survive sepanjang perkahwinan ni.

"Barang kemas pun saya gadaikan, saya takut nak lalui sekarang sebab dia buang saya semasa saya tengah zero," adunya sayu.

Wanita itu turut mendakwa kehidupannya seakan-akan 'dirompak' apabila segala impian dan harapan yang dibina bersama suami musnah dalam sekelip mata.

Pada masa sama dia berharap agar anak-anaknya tidak 'dirampas' oleh suaminya selepas penceraian berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta dia picit dari bawah” - Ubat gigi jadi punca pasangan nak bercerai... Suami mengadu kepada hakim penat layan isteri degil

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri enggan ke mahkamah, suami bagi talak 3 di rumah! Bakal nikah janda berduit kerja ‘gomen’ sebab termakan budi

"Hidup saya dirompak sehabisnya, selebihnya ada anak-anak bersama saya dan harap ini pun dia tak ambil," luahnya dalam nada pilu dan kecewa.

Perkongsian tersebut mengundang simpati ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat serta nasihat supaya dia tidak berputus asa dan terus bangkit demi masa depan diri serta anak-anak.

"Dari cara luahan ni, awak memang orang yang kuat dan ada visi. Sekejap je awak akan keluar dari situasi keras ni.

"Allah akan berikan awak jalan yang terbaik dan hilangkan semua rasa sakit serta sedih awak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain