Mi segera merupakan makanan yang popular bagi pelajar yang tinggal di asrama atau kolej. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita mencuri perhatian warga maya apabila mengimbau kembali pengalaman lucu yang dialaminya ketika mula-mula berhijrah ke Selangor untuk menyambung pengajian di sebuah universiti awam, lebih sedekad lalu.Mengenang kembali memori lama berkenaan, dia mengakui loghat Kelantannya pada waktu itu masih tersangatlah 'pekat' sehingga ia sering mencetuskan salah faham dan menjadi modal gelak tawa dalam kalangan rakan-rakan sekuliah. Katanya, walaupun sudah cuba sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Melayu standard, pengaruh dialek negeri kelahirannya itu tetap gagal disembunyikan terutama apabila menyebut beberapa perkataan tertentu.Banyak memori dan kenangan tercipta dengan rakan-rakan sekiranya tinggal bersama di kolej atau asrama. -Gambar hiasan AI"Saya datang ke Selangor untuk sambung belajar di peringkat asasi. Waktu itu loghat Kelantan saya masih pekat. Apabila bercakap dalam bahasa Melayu standard, masih kedengaran lagi dialek Kelantan."Antara perkataan yang selalu mengundang gelak ialah 'bau', 'polis' dan 'klinik'," kongsinya di Threads.Bagaimanapun, menurut wanita berkenaan, satu insiden ketika menyediakan mi segera di asrama menjadi kenangan paling kelakar yang masih diingatinya sehingga hari ini.Ceritanya, selepas merendam mi Siam dalam air panas selama kira-kira lima minit, dia dengan selamba memaklumkan kepada rakan sebilik bahawa mi tersebut sudah sedia untuk dimakan menggunakan istilahnya sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Curiga anak lelaki ‘berkurung’ dalam bilik, warga emas terkejut temui mayat sudah mereputARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan segan dengan negeri sendiri, dakwa banyak rumah tak jaga kebersihan - “Bila datang mesti terkejut beruk”"Selepas lima minit saya rendam dalam air panas, saya pun beritahu kawan... mi kita dah bengkak."Dalam dialek Kelantan, apabila sesuatu yang direndam di dalam air mengembang, kami kadang-kadang guna perkataan 'bekok' yang membawa maksud 'bengkak'. "Jadi saya terus terjemahkan ke dalam bahasa Melayu tanpa berfikir panjang. Lepas saya sebut tu, semua dalam bilik tu gelak. Mereka usik saya cakap... Mek belasah mi tu ke sampai bengkak," ujarnya geli hati.Sedar akan kesilapan spontannya itu, wanita ini mengakui peristiwa berkenaan benar-benar membuka matanya bahawa tidak semua perkataan dalam dialek Kelantan boleh diterjemahkan secara bulat-bulat ke dalam bahasa Melayu.Wanita Kelantan jadi bahan usikan gara-gara sebut mi sudah bengkak.Loghat pekat ketika belajar di Selangor sering cetus salah faham.Rakan sebilik tergelak apabila dia terjemah dialek secara langsung.Kisah lucu itu masih diingati walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu.Netizen turut berkongsi pengalaman sukar hilangkan loghat negeri masing-masing.Ringkasan ini dijana oleh AIMenariknya, walaupun kini sudah lebih 10 tahun menetap di Selangor, dia mengakui loghat Kelantannya masih belum hilang sepenuhnya meskipun sudah mampu menyesuaikan diri dengan cara percakapan masyarakat setempat.Hantaran itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman serupa ketika berhijrah ke negeri lain."Kalau saya, tak akan gelakkan sebab saya suka orang loghat lain bercakap sebab orang Johor tak ada loghat."Kita sudah selalu duduk Kelantan. Jadi apabila keluar negeri, susah la nak hilang loghat Kelantan tu," komen beberapa netizen.