PELAKON Kim Min Hee dilaporkan sudah menimang cahaya mata lelaki hasil hubungan terlarang dengan pengarah terkenal Korea Selatan iaitu Hong Sang Soo.
Min Hee, 43, dikatakan sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu selepas selesai bersalin di Hanam, Gyeonggi-do.
Susulan itu, perhatian kini tertumpu kepada isu pendaftaran anak berkenaan dalam daftar keluarga serta kemungkinan pewarisan harta.
Min Hee dan Sang Soo masih belum berkahwin.
Anak lelaki yang dilahirkan oleh Min Hee boleh didaftarkan sebagai anak luar nikah dalam daftar keluarga Sang Soo, 65, atau boleh juga didaftarkan secara eksklusif di bawah nama keluarga aktres tersebut.
Selepas menjalani ujian DNA dan melalui proses pengiktirafan secara sah, anak itu boleh dimasukkan ke dalam daftar keluarga Sang Soo sebagai anak luar nikah dan secara sah mempunyai hak untuk menerima harta pusaka.
Dalam undang-undang Korea Selatan, anak luar nikah dan anak dalam perkahwinan sah mempunyai hak yang sama dalam hal pewarisan.
Pengarah itu sebenarnya masih bergelar suami kepada isteri yang dinikahinya sejak 1985 namun dilaporkan sudah meninggalkan keluarganya demi Min Hee.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bergelar wanita simpanan, Kim Min Hee hamil anak pengarah berumur 65 tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Min Hee Teruskan Skandal Dengan Pengarah Filem
Sang Hoo dan Min Hee dilaporkan mula menjalinkan hubungan sulit sejak sepuluh tahun lalu.
Sebelum ini berita mengenai kehamilan Min Hee mula tersebar pada Januari lalu apabila dilaporkan dia bakal bersalin tidak lama lagi.
Pada Februari, Min Hee yang sedang sarat hamil dilihat bersama Sang Soo di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, sekali gus mengesahkan laporan tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!