suria

Herdik paparazi macam hilang akal, peminat bimbang tengok perangai Justin Bieber

Justin mengherdik paparazi ketika diserbu di sebuah restoran.

PEMINAT menyuarakan kebimbangan terhadap tingkah laku penyanyi Justin Bieber yang tidak menentu sejak timbul khabar angin tentang masalah rumah tangga bersama model Hailey Bieber. 

TMZ melaporkan Justin sempat memberikan reaksi jelik terhadap paparazi sewaktu dia diserbu di Palm Springs, California, Amerika Syarikat untuk menghadiri acara Coachella. 

Menerusi video dimuat naik di laman X, Justin dilihat mengherdik dan menghalau sekumpulan paparazi dengan mengatakan bahawa mereka hanya mahu wang dan tidak pernah memikirkan tentang perasaan orang lain. 

Justin memberikan reaksi jelik terhadap paparazi.

“Wang! Wang! Wang! Keluar dari sini bro. Wang, hanya itu sahaja yang kamu mahu. 

“Kamu tidak pernah peduli tentang perasaan orang lain,” katanya. 

Susulan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat keadaan Justin dan berharap penyanyi lagu Baby itu berada dalam keadaan baik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber ‘lemas’ lawan emosi, beri bayangan berdepan masalah mental

ARTIKEL BERKAITAN: Pamer sikap aneh, ramai percaya Justin Bieber ambil barang terlarang

“Saya tidak percaya itu adalah Justin Bieber. Dia nampak sangat pelik. Apa yang terjadi kepadanya? Dia nampak seperti sakit. 

“Saya doakan untuk ketenangan dan keselamatan Justin. Saya mahu dia kembali okay, kasihan tengok dia,” tulis netizen. 

Sebelum ini, tindakan Justin keluar bersama isterinya di New York masih lagi gagal menghentikan spekulasi rumah tangga mereka bermasalah. 

Pasangan itu dilihat tidak berjalan seiringan selain menunjukkan raut wajah tidak bahagia. 

Pada Mac lalu, Justin pula memberi bayangan dirinya sedang bertarung dengan kesihatan mental. 

Peminat semakin bimbang melihat keadaan Justin.

Dalam satu hantaran di Instagram, dia memberitahu sukar menangani masalah kebencian, harga diri dan penipuan. 

Kata Justin, dia berasa lemas dan berusaha untuk melepaskan kebencian dialaminya. 

Untuk rekod, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jack Blues Bieber pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?