suria

Kad undangan perkahwinan tersebar, Luna Maya nikah 7 Mei di Bali

Luna dan Maxime didakwa bakal bernikah 7 Mei ini.

PELAKON Luna Maya dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya iaitu aktor Maxime Bouttier pada 7 Mei 2025.

Suara.com melaporkan, kad undangan perkahwinan kedua-dua selebriti itu sudah pun tersebar dan mereka bakal dinikahkan di Ubud, Gianyar, Bali Indonesia. 

"Save the Date untuk pernikahan Luna dan Maxime. 7 Mei 2025 - Bali, Indonesia," tulis kenyataan dalam kad undangan tersebut. 

Kad undangan perkahwinan Luna sudah tersebar. 

Susulan tersebarnya kad undangan perkahwinan itu, ramai peminat tertanya-tanya siapa tetamu yang bakal diundang ke majlis perkahwinan mereka. 

Sebelum ini, Maxime memberanikan diri melamar Luna untuk menjadi pasangan hidupnya. 

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pelakon filem Sumala menerusi hantaran Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi rahsia, Luna Maya terima lamaran Maxime Bouttier

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dah dapat restu orang tua, Luna Maya dan Maxime sudah bersedia melangkah fasa perkahwinan

Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat Maxime melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah Luna semasa mereka bercuti di Jepun. 

Untuk rekod, hubungan cinta Luna dan Maxime mula dihidu peminat sekitar tahun 2023.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk berdiam diri dari mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut kerana perbezaan umur di antara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?