suria

Pengsan tiada wang bayar sewa rumah, Titiek Puspa jadi penyelamat Inul Daratista

Inul kongsi gambar kenangan bersama Titiek.

PEMERGIAN artis legenda Titiek Puspa memberi kesan mendalam buat penyanyi dangdut Inul Daratista.

Berkawan baik sejak melibatkan diri dalam dunia seni, Inul memberitahu Titiek antara individu banyak membantunya setiap kali dia berada dalam keadaan sukar.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Inul memberitahu Titiek individu menyelamatkan dirinya ketika dia sudah berputus asa bergelar seorang penyanyi.

"Saya pernah pengsan sebab tiada duit membayar sewa rumah. Saya tak ada apa-apa dan mahu pulang ke kampung.

Kehilangan Titiek memberi kesan besar buat Inul.

"Bagaimanapun arwah ajak saya cari duit sama-sama. Dia mengajak saya mengikutnya mengadakan roadshow selama dua bulan.

"Saya akhirnya mendapat wang untuk membayar sewa rumah," katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Inul turut berkongsi gambar kenangan mereka bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang legenda Indonesia Titiek Puspa meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Si kumis’ warning cari wanita lain, Inul Daratista tak jadi buat pembedahan plastik

Malah penyanyi ini juga sering menemani Titiek sepanjang ditahan di wad hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada petang Khamis.

Inul bagaimanapun tidak dapat bersama Allahyarham di saat akhir kerana pulang ke rumah buat seketika bagi mengganti pakaian.

"Saya bersyukur kerana ketika dia sedang sakit, saya boleh menemaninya sejak hari pertama di hospital.

"Apa membuatkan saya sedih pagi tadi (Khamis) saya pulang ganti baju. Baru selesai memasak untuk suami saya dapat khabar arwah meninggal dunia," ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain