PENGAWAL peribadi pasangan David Beckham dan Victoria Beckham ditemukan mati di Sepanyol pada Isnin lalu.
Lelaki berkenaan dikenali Craig Ainsworth sebelum itu dilaporkan hilang sebelum berita penemuan mayatnya disahkan oleh ibu mendiang di Facebook.
Ibu Craig dikenali sebagai Sally memberitahu mendiang yang merupakan seorang bekas tentera berpangkalan di Afghanistan turut berdepan masalah trauma dikenali sebagai PTSD.
“Craig telah ditemui. Dengan rasa sedih, saya maklumkan Craig sudah meninggal dunia.
Jasad Craig ditemukan di Sepanyol selepas dilaporkan hilang oleh ibunya.
“Dia berkhidmat di Afghanistan dan mengalami PTSD. RIP Craig,” tulisnya.
Bagaimanapun, punca kematian Craig masih lagi belum didedahkan.
Sebelum jasadnya ditemukan pihak berkuasa, Craig sempat berkongsi hantaran di Facebook dengan menulis kapsyen mengucapkan selamat tinggal.
Lelaki itu juga sering kali 'kesakitan' yang dialami selama empat tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta dengan bekas kekasih abang, 2 anak lelaki David Beckham bermasam muka
ARTIKEL BERKAITAN: Cuba cium mulut anak perempuan depan orang ramai, perbuatan David Beckham dikecam netizen
Craig turut memohon maaf kepada orang tersayang dan berpesan untuk tidak bersedih jika dia sudah tidak ada di dunia ini.
“Kamu adalah cahaya yang membuatkan saya bertahan selama ini. Saya kini lebih tenang, sesuatu yang tidak pernah saya temui dalam hidup tetapi sangat menyeronokkan,” katanya.
Craig pernah bertugas sebagai pengawal peribadi David dan Victoria dari tahun 2013 hingga 2015.
Sebelum itu, dia juga pernah berkhidmat untuk beberapa pelakon popular termasuk Johnny Depp, Arnold Schwarzenegger dan Jennifer Lawrence.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!