PELAKON Indonesia Baim Wong menarik nafas lega apabila dia tidak menipu bekas isterinya iaitu Paula Verhoeven berlaku curang terhadapnya.
Ia susulan Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan memutuskan semua bukti yang difailkan Baim dalam kes penceraian mereka adalah benar.
Hakim dalam penghakiman kes pasangan tersebut memberitahu Paula bukan sahaja berlaku curang tetapi tidak menjaga kehormatan diri serta mengkhianati Baim.
"Dengan keputusan yang dibuat mahkamah, Baim hanya mampu bersyukur.
Baim lega apabila dakwaan curang terhadap Paula terbukti benar.
"Apa yang selama ini dinyatakan di media sejak November tahun lalu tentang isu kecurangan, semua orang tidak percaya.
"Tapi akhirnya hakim sudah memutuskan bahawa kecurangan itu wujud dan benar," kata peguam Baim iaitu Fahmi Bachmid seperti dilaporkan Kompas.
Dalam pada itu, mahkamah turut mengisytiharkan Paula sebagai isteri nusyuz dan disebabkan itu semua permohonan model itu menuntut nafkah idah dan madiah (nafkah terdahulu) ditolak mahkamah.
Paula sebelum ini ada menuntut nafkah madiah sebanyak Rp100 juta atau RM26,209 setiap bulan atau Rp800 juta (RM209,672) sepanjang lapan bulan proses penceraian berlangsung.
ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan turun naik mahkamah, Baim Wong dan Paula Verhoeven sah bercerai
ARTIKEL BERKAITAN: Ada semua bukti dan saksi, Baim Wong ketawa dengar penafian isteri berlaku curang
Manakala Paula turut menuntut Rp200 juta (RM52,418) sebulan atau RM600 juta (RM157,254)bagi tempoh serupa untuk nafkah idah.
Pada Rabu, Baim dan Paula sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mahkamah turut menetapkan hak penjagaan dua anak lelaki mereka diberi sama rata iaitu bergilir-gilir menjaga mereka setiap dua minggu.
Baim dan bekas isteri dapat hak bergilir untuk menjaga anak-anak.
Pada 7 Oktober tahun lalu, Baim memfailkan cerai terhadap Paula atas dakwaan model itu bersikap curang.
Bagaimanapun Paula menafikan dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah berlaku curang terhadap aktor berkenaan.
Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!