SEJAK kebelakangan ini, penyanyi Agnez Mo sering dilihat berada di Indonesia berbanding Amerika Syarikat.
Pun begitu, sepanjang berada di Indonesia Agnez atau Agnes Monica Muljoto, 39, kurang muncul mengadakan persembahan atau konsert berskala besar.
Agnez sangkal dakwaan sudah tiada tawaran kerja.
Disebabkan itu ramai mendakwa karier Agnez bukan sahaja tidak menjadi di Amerika tetapi sudah kurang mendapat tawaran persembahan di negara sendiri.
Menyangkal perkara itu, Agnez sebaliknya menjelaskan dia sebenarnya cerewet apabila berkaitan memilih tawaran kerja.
"Ada orang kata saya tiada pekerjaan, terus terang saya memang memilih bila berkaitan kerja," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kepala jadi botak sebab alopecia, Agnez Mo dedah derita penyakit autoimun
ARTIKEL BERKAITAN: Tak bayar royalti komposer, Agnez Mo dilarang nyanyi lagu ciptaan Ari Bias
Dalam pada itu, Agnez memberitahu dia juga lebih suka bekerja sekali sekala tetapi gaji tinggi berbanding banyak tawaran tapi pendapatannya rendah.
"Apabila mempunyai banyak pilihan, saya tidak melulu dalam memilih dan hanya ambil satu sahaja.
"Itu sahaja bayaran yang diterima boleh tampung hidup untuk bertahun-tahun," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!