TINDAKAN Justin Bieber mencium pipi penyanyi rap Sexyy Red menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang tular, Justin, 31, dilihat memeluk penyanyi rap berkenaan sebelum memberikan ciuman mesra.
Malah wajahnya juga terlihat berseri dan gembira sambil mentertawakan Sexyy Red.
Justin terlihat ceria di majlis ulang tahun rakan.
Dia juga tidak terganggu apabila gelagatnya dirakam orang ramai.
Difahamkan Justin hadir ke majlis ulang tahun ke-27 Sexxy Red.
Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata teruja melihat senyuman manis daripada Justin.
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber ‘lemas’ lawan emosi, beri bayangan berdepan masalah mental
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri boros berbelanja, Justin Bieber didakwa berdepan masalah kewangan
Rata-rata mereka juga membandingkan riak wajah Justin ketika bersama isterinya Hailey.
"Dia nampak sangat gembira berbanding dengan Hailey. Sudah lama tak nampak dia tersenyum.
"Senyuman nampak dia sedang bergembira. Mungkin dia rasa bebas berjauhan dengan isteri dia," antara komen netizen.
Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai perkahwinan Justin dan Hailey yang didakwa berada di ambang kehancuran.
Perkahwinan Justin dan Hailey sering jadi perhatian netizen.
Tidak hanya itu, penampilan Justin yang tak terurus seakan-akan mengiyakan khabar angin tersebut.
Pun begitu, Justin menyangkal sebaliknya menjelaskan penampilan tersebut berpunca disebabkan tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya iaitu Jack Blues yang berusia enam bulan.
Untuk rekod, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 dan menimang cahaya mata pertama pada Ogos tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!