suria

Dituduh bela biawak hidup, Ailee mohon maaf kepada bakal suami

Ailee sedih ada pihak ingat Si Hun menganggur.

PENYANYI Ailee sedih apabila tunangnya iaitu Choi Si Hun dituduh menumpang kesenangan dan kemewahan dimilikinya.

Malah ada melabel Si Hun sebagai biawak hidup kerana tidak bekerja dan pemalas.

Menyangkal dakwaan tersebut, Ailee, 36, sebaliknya berkata, Si Hun seorang lelaki yang rajin malah melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu-satu masa.

Ailee sangkal dakwaan Si Hun tidak bekerja.

"Si Hun bekerja keras dengan melakukan pelbagai pekerjaan tetapi orang ingat dia menganggur.

"Dia bukan sahaja seorang pempengaruh tetapi mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat.

"Walaupun dia sudah bekerja keras namun orang tetap fikir dia bergantung hidup dengan saya. Saya tak boleh buat apa-apa dengan pandangan orang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bercinta, Ailee bakal berkahwin tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 11 tahun berbaloi, persembahan 3 jam Ailee sarat emosi

Ailee menjelaskan perkara itu ketika muncul bersama Si Hun menerusi program Kim Chang Ok Show 3 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ailee turut memohon maaf kepada Si Hun dalam program tersebut kerana tuduhan itu timbul disebabkan dirinya seorang selebriti dikenali.

Malah penyanyi itu bersyukur Si Hun tetap setia di sisinya walaupun dihina dengan pelbagai dakwaan mengguris hati.

Ailee bahagia dengan Si Hun.

"Saya minta maaf kepada Si Hun, kalau kami tak pernah bertemu mungkin perkara ini tidak akan terjadi.

"Tapi syukur sebab dia tetap memilih saya walaupun semua ini berlaku," ujarnya.

Pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada 20 April ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain