suria

Tak puas hati disabit nusyuz, Paula Verhoeven buat laporan terhadap hakim

Paula dakwa dirinya difitnah berlaku curang.

BEKAS isteri pelakon Baim Wong iaitu Paula Verhoeven bertindak melaporkan hakim yang mengendalikan kes penceraiannya kepada Suruhanjaya Kehakiman Salemba, Jakarta Pusat.

Paula berkata, dia tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat yang mensabitkan dia sebagai nusyuz selain menganggap hakim berkenaan melanggar etika kehakiman.

"Keputusan dibuat tidak mengikut keterangan yang dikemukakan dan jauh daripada fakta perbicaraan," katanya memetik laporan Suara.com.

Paula hadir ke Suruhanjaya Kehakiman Salemba, Jakarta Pusat.

Tegas Paula, dia juga tidak pernah berlaku curang sepanjang perkahwinannya bersama Baim.

Jelasnya tiada bukti jelas dikemukakan sepanjang perbicaraan yang mengatakan dia berlaku curang dengan lelaki lain.

"Ingin saya tegaskan tiada sebarang hubungan sulit dengan mana-mana lelaki sepanjang perkahwinan kami.

"Tiada bukti menunjukkan saya mempunyai hubungan sulit di mahkamah. Saya bertanggungjawab dengan semua kata-kata saya," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong terbukti tak menipu, hakim sabit Paula Verhoeven nusyuz sebab curang

ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan turun naik mahkamah, Baim Wong dan Paula Verhoeven sah bercerai

Tidak hanya itu, tindakan tersebut juga untuk membersihkan nama baiknya kerana tidak mahu anak-anaknya membaca kisah tersebut suatu hari nanti.

"Anak-anak saya masih kecil yang nantinya mereka boleh membaca kisah ibu mereka, saya berdiri sebagai seorang ibu yang menjaga anak-anaknya," jelasnya.

Pada Rabu, Baim dan Paula sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Paula anggap tiada bukti kukuh tentang kecurangannya.

Dalam penghakiman yang dibuat, hakim Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan memutuskan Paula bukan sahaja berlaku curang tetapi tidak menjaga kehormatan diri serta mengkhianati Baim.

Dia turut mensabitkan Paula sebagai nusyuz dan tidak berhak membuat sebarang tuntutan nafkah daripada Baim. 

Bagaimanapun mahkamah menetapkan hak penjagaan dua anak lelaki mereka diberi sama rata iaitu bergilir-gilir menjaga mereka setiap dua minggu.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Baim memfailkan cerai terhadap Paula atas dakwaan model itu bersikap curang.

Baim dan Paula mempunyai dua orang cahaya mata bersama.

Bagaimanapun Paula menafikan dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah berlaku curang terhadap aktor berkenaan. 

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain