suria

Cemas! Raffi Ahmad terjatuh ketika tunggang lembu sado, perlu jalani MRI

Rafii terlihat tenang ketika bangun dari terjatuh.

PELAKON Raffi Ahmad menanggung kesakitan selepas terjatuh ketika menunggang seekor lembu baka limosin semasa menjalani penggambaran pada Isnin.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Raffi, 38, dilihat terjatuh ketika haiwan itu mula bergerak.

Menurutnya, kedudukan pelana yang tidak stabil menjadi punca dia terjatuh sehingga kepalanya terhantuk pada lutut seorang kru yang datang membantu.

Raffi segera dapatkan pemeriksaan di hospital terdekat.

"Kaki tiada masalah cuma kepala terasa sakit. Kepala terhantuk lutut orang yang menolong saya," katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian Raffi dipercayai sudah memerhati beberapa individu yang berjaya menaiki lembu berkenaan dalam keadaan selamat sebelum mencubanya sendiri.

Disebabkan rasa sakit yang tidak tertanggung, Raffi dikejarkan ke hospital untuk dirawat dengan lebih lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kekayaan hampir RM300 juta, atap rumah Raffi Ahmad bocor

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad isytihar harta, miliki kekayaan bernilai RM282 juta

Malah untuk mendapatkan pemeriksaan terperinci dia juga menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) namun masih belum diperolehi keputusannya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata pengikut meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Raffi.

Mereka juga berharap agar aktor itu tidak melakukan sesuatu yang lasak memandangkan usianya sudah tidak muda lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain