suria

Ailee sah bergelar isteri ahli perniagaan, suami janji beri layanan baik termasuk buat semua kerja rumah

Ailee dan Si Hoon bernikah pada Ahad.

PENYANYI Ailee kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Choi Si Hoon.

Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Daerah Gangnam, Korea Selatan pada petang Ahad.

Korea Times melaporkan, pasangan berkenaan mendaftarkan perkahwinan mereka tahun lalu dan baru melangsungkan majlis perkahwinan secara rasmi. 

Si Hoon (kiri) berjanji akan menyayangi Ailee sepenuh hati.

Si Hoon (kiri) berjanji akan menyayangi Ailee sepenuh hati.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar daripada pasangan pengantin yang berjanji akan menjaga antara satu sama lain. 

Kata Si Hoon, dia berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik termasuk menjaga dan menyayangi Ailee sepenuh hati. 

“Saya berjanji akan melakukan yang terbaik dalam membuat kerja-kerja rumah termasuk membersihkan pinggan mangkuk dan menyediakan makanan supaya isteri tercinta (Ailee) dapat berehat dengan selesa di rumah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bercinta, Ailee bakal berkahwin tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh bela biawak hidup, Ailee mohon maaf kepada bakal suami

“Saya akan sentiasa menghargai dan menyayangi awak seperti anak kecil. Saya juga akan terus menghormati dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi,” kata Si Hoon. 

Dihadiri keluarga dan teman rapat, majlis perkahwinan penyanyi lagu I Will Go to You Like the First Snow ini turut diserikan dengan kehadiran rakan artis termasuk Baek Ji Young, Lee Mu Jin dan Mighty Mouth. 

Dalam pada itu, Ailee turut mendedahkan bahawa dia dan suami merancang untuk berbulan madu di Dubai dan Maldives selama 10 hari. 

Ailee dan Si Hoon berkawan rapat sejak Mei tahun lalu.

Untuk info, Ailee dan Choi mengenali antara satu sama lain melalui seorang kenalan rapat dan mereka memaklumkan tentang hubungan itu pada Mei 2024.

Pasangan ini kemudian mengumumkan perancangan untuk berkahwin pada November tahun sama dan telah mendaftar perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Si Hoon merupakan seorang usahawan dan pernah muncul dalam program realiti Single’s Inferno.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain