suria

Jennie Blackpink tonton persembahan Lisa di Coachella, bukti hubungan baik tiada sengketa

Jennie (kanan) memberikan sokongan terhadap Lisa di Coachella 2025.

KELIBAT penyanyi Jennie dilihat menonton persembahan anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa di festival muzik Coachella Valley 2025 minggu kedua menarik perhatian ramai. 

Menerusi video tular di laman X, meskipun Jennie cuba untuk menyembunyikan dirinya, namun peminat masih boleh mengenali penyanyi berkenaan di sebalik cermin mata hitam dan hoodie yang digayakan. 

Kemunculan Jennie turut meredakan khabar angin tentang persengketaan di kalangan anggota Blackpink terutamanya antara Jennie dan Lisa yang didakwa giat mengejar kerjaya solo mereka di luar negara. 

Persembahan Lisa di Coachella 2025 mendapat sambutan ramai.

“Pembenci Blackpink buat hal lagi, memuat naik hantaran yang tak masuk akal tentang Jennie dan Lisa. Sekarang kita dapat lihat sendiri bahawa mereka saling memberikan sokongan antara satu sama lain. 

“Jennie tidak ketinggalan untuk menonton kesemua persembahan Lisa pada malam itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak cukup nafas, peminat bengang tengok persembahan ‘separuh mati’ Jennie

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink trauma, dikejar peminat fanatik sampai ke rumah

“Kelakar betul bila ada yang sentiasa membandingkan mereka dan membuat khabar angin tentang perbalahan ini,” tulis netizen. 

Untuk info, Coachella Valley 2025 berlangsung di California, Amerika Syarikat bermula 11 April lalu. 

Selain Lisa, Jennie turut memeriahkan pentas Coachella 2025 tahun ini termasuk beberapa barisan penyanyi popular iaitu Lady Gaga, Green Day, Travis Scott, Ed Sheeran dan Missy Elliot.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain