SEJAK kebelakangan ini sikap ditunjukkan penyanyi rap Kanye West cukup membimbangkan apabila mendedahkan pelbagai perkara peribadi di khalayak ramai.
Terbaharu, Kanye tanpa berselindung memberitahu dia pernah mengamalkan hubungan seks sejenis dan sumbang mahram dengan sepupunya sendiri.
Penyanyi rap ini memberitahu pengalaman melakukan seks sejenis berlaku secara tidak sengaja apabila dia sendiri menunjukkan majalah lucah kepada sepupunya.
Kanye memberitahu ketika itu dia baru berusia 6 tahun dan hubungan terlarang di antara mereka berlangsung sehingga dia berusia 14 tahun.
Kayne terbuka berkongsi kisah peribadi.
Sepanjang tempoh itu kata Kanye, dia akan melakukan seks oral kepada sepupunya dan kejadian itu diabadikan dalam lagu terbaharunya berjudul Cousins.
“Nama saya Ye (panggilan Kanye) dan saya menghisap kemaluan sepupu sendiri sehingga usia 14 tahun.
“Lagu ini adalah tentang sepupu saya yang dipenjarakan kerana membunuh seorang wanita
“Lagu ini tentang sepupu saya yang dipenjarakan kerana membunuh seorang wanita selepas saya beritahu enggan lagi 'melihat' majalah lucah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West buat pengakuan berani, suka berfantasi sambil tatap gambar Iggy Azalea
ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat jemputan, Kanye West dihalau dari Anugerah Grammy... Bianca Censori berani tampil separuh bogel
“Mungkin salah saya juga sebab menjadi penyebab kejadian itu. Kami melakukan (seks oral) seperti apa dilihat dalam majalah,” katanya.
Kanye menulis perkara tersebut menerusi hantaran di laman X miliknya selepas melancarkan lagu berkenaan.
Dalam pada itu, Kanye memberitahu majalah lucah tersebut adalah milik ibu bapanya yang disorok dalam sebuah almari.
Bagaimanapun kata Kanye, salah sebuah majalah Playboy ditemuinya adalah dengan kandungan 'berbeza' daripada kebiasaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!