suria

Peminat upah badan bebas halang penyebaran berita palsu, cari pemfitnah Kim Soo Hyun

Peminat pertahankan nama baik Soo Hyun.

KETIKA ramai memberi kecaman namun masih ada segelintir peminat tetap memberi sokongan terhadap pelakon Kim Soo Hyun.

Enggan imej Soo Hyun terus tercemar, sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menghalang mana-mana pihak terus menyebar berita palsu tentang pelakon berkenaan.

Tegas mempertahankan artis kesayangan mereka, tindakan saman bakal diambil terhadap penyebar fitnah termasuk dari luar Korea Selatan.

Soo Hyun sebelum ini menangis dalam satu sesi sidang media.

"Masih ada cerita dan fitnah tersebar melibatkan Kim Soo Hyun dibuat oleh orang yang tiada kaitan dengannya.

"Kami akan teruskan dengan laporan jenayah," jelas wakil pertubuhan berkenaan.

Sementara itu wakil peguam kepada gerakan tersebut mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Reputasi sebagai selebriti tercalar, Kim Soo Hyun ambil tindakan terhadap pemfitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun menangis dalam sidang media, mengaku seorang pengecut rahsia peribadi dibongkar

Nama Soo Hyun sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia dikaitkan dengan kematian pelakon mendiang Kim Sae Ron.

Soo Hyun dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sae Ron ketika mendiang masih di bawah umur.

Sae Ron ditemukan mati di rumahnya pada 16 Februari lalu dan kematiannya dikelasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain