suria

Fobia ketinggian, Jennifer Aniston ‘ketuk’ badan pesawat sebelum melangkah masuk

Jennifer Aniston gayat dengan ketinggian, trauma sejak dulu lagi.

PELAKON Jennifer Aniston mendedahkan dia mengalami fobia ketika berada di tempat terutamanya semasa menaiki kapal terbang.

Jennifer, 56, mengakui sudah lama berdepan masalah itu dan sehingga ini ketakutan itu masih menyelubungi dirinya.

Jennifer selalu ketuk badan kapal terbang sebelum naik kenderaan tu.

Menerusi temu bual bersama Travel and Leisure, Jennifer berkata dia ada mengikuti beberapa rawatan terapi khusus untuk menangani isu berkenaan.

"Saya ada ketakutan luar biasa ketika menaiki kapal terbang tapi belakangan ini saya menjalani hipnosis, syaratnya kena berfikir ketinggian itu adalah tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada anak bukan punca Jennifer Aniston bercerai... kongsi kesulitan rawatan IVF demi dapatkan zuriat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun bercerai, Justin Theroux tetap sayang Jennifer Aniston

"Saya sudah tidak lagi mengetuk badan pesawat dengan tangan kanan dan melangkah dengan kaki kanan dan ternyata sangat membantu,” kata Jennifer.

Difahamkan, antara kaedah yang digunakan Jennifer adalah dengan cara hipnosis dan meditasi sekiranya cemas ketika berada di udara.

Menurut pelakon The Break Up ini, dia memberitahu sehingga kini dia belum jumpa cara menghilangkan rasa fobia itu dan terpaksa mengikuti beberapa rawatan terapi sehingga kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain