BEKAS isteri Baim Wong iaitu Paula Verhoeven hanya mampu mengalirkan air mata apabila didakwa penghidap HIV sebelum berkahwin dengan aktor tersebut.
Sudah penat mempertahankan diri, Paula, 38, sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri kerana sudah tidak tahu cara membersihkan kembali imejnya namanya.
“Saya sebenarnya sudah penat. Setahun saya dituduh dengan macam-macam dakwaan.
Paula menangis ketika ditanya tentang dakwaan hidap HIV.
“Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan diri. Saya menyerah,” katanya.
Paula meluahkan rasa sedih itu ketika muncul dalam program Curhat Bang! Di saluran YouTube Denny Sumargo pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan turun naik mahkamah, Baim Wong dan Paula Verhoeven sah bercerai
ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong terbukti tak menipu, hakim sabit Paula Verhoeven nusyuz sebab curang
Dakwaan Paula dijangkiti HIV mula menjadi bualan selepas perkara itu dikatakan turut tertulis dalam permohonan cerai yang dibuat Baim.
Pada 16 April lalu, Paula dan Baim sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mahkamah turut mensabit Paula nusyuz kerana berlaku curang selepas semua bukti difailkan Baim dalam kes penceraian mereka dibuktikan sebagai benar.
Paula dan Baim sah bercerai pada 16 April lalu.
Manakala bagi hak penjagaan bagi kedua-dua anak lelaki mereka diberi sama rata iaitu bergilir-gilir setiap dua minggu.
Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!