suria

Lagu viral selepas masuk penjara, penyanyi ‘Aishiteru’ terima royalti tinggi

Lagu-lagu ciptaan Zul masih terus mendapat perhatian peminat.

PENYANYI Zul Zivilia tidak menyangka menerima bayaran royalti tinggi meskipun kini sedang menjalani hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Menurut Zul, kutipan yang diterima tahun ini jauh berbeza berbanding pendapatannya sebelum ini.

Dia mendedahkan mendapat kira-kira RM1,500 dariada Wahana Muzik Indonesia (Wami) iaitu badan yang menguruskan pembayaran royalti artis di sana.

Zul dibenarkan aktif dalam dunia seni meski sedang jalani hukuman penjara.

"Sebelum ini saya hanya menerima bayaran RM200, tetapi jumlahnya sekarang menjadi lebih besar.

"Mungkin selepas saya masuk penjara lagu-lagu menjadi viral dan bayaran royalti juga meningkat," katanya.

Zul ditemui media ketika tampil membuat persembahan di Indonesian Prison Products and Arts Festival 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula buat persembahan luar penjara, Zul Zivilia minta isteri tebus semula gitar lama

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Zivilia kembali cipta lagu, diberi kelonggaran khas guna studio dalam penjara

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Ashiteru ini, bayaran tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga termasuk persekolahan anak-anak.

"Bayaran dari label pun ada juga dan lebih banyak. Sekiranya tiada royalti mungkin susah. Bayarn ini dapat bayar sekolah anak," ujarnya.

Untuk rekod Zul dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun sejak 2019 atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu dan pil ekstasi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain