PENYANYI Aurel Hermansyah meluahkan hasrat ingin memiliki cahaya mata lelaki pada masa hadapan.
Aurel, 27, berkata perkara itu terlintas di mindanya selepas cemburu melihat keakraban dua puterinya iaitu Ameena dan Azura yang jauh lebih rapat dengan bapa mereka.
“Ya, anak-anak sangat rapat dengan bapa mereka kerana seorang gadis sangat terikat dengan bapanya.
Anak-anak lebih rapat dengan Atta berbanding Aurel.
“Jadi kadangkala saya merasakan diri saya ini tidak laku pula.
"Sebab itu saya teringin sangat nak dapat anak lelaki selepas ini," katanya.
Bagaimanapun, Aurel memberitahu dia tidak tergesa-gesa untuk merealisasikan hasrat tersebut kerana mahu dua anaknya itu membesar terlebih dahulu.
"Saya benar-benar mahu cuba hamil lagi, tapi bukan sekarang sebab biarlah Ameena dan Azura membesar dahulu," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka ini tiada otak!” - Didie Alias tegur selebriti rosakkan nama industri, jaga kelakuan sebagai anak seni
ARTIKEL BERKAITAN:“Aku pergi tempat shooting naik basikal?” - Didie Alias ditawar RM500, tegas bab bayaran elak kena buli
Dalam pada itu, Aurel tidak menafikan perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan dia berasa sedih.
Tambah isteri kepadaAtta Halilintar itu, dia sehingga berasa emosi apabila anak-anak tidak rapat dengannya.
“Perkara tersebut buat saya berasa sedih. Kadang-kadang saya suka beremosi," ujarnya.
Untuk rekod, Aurel dan Atta, 30, berkahwin pada 2021 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 3 dan Azura yang kini berusia 1 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!