suria

Anak tunggal pewaris harta RM138 juta milik Liam Payne, boleh diakses pada usia 25 tahun

Liam Panye tak sempatkan wasiat harta kepada anaknya.

PENYANYI Liam Payne meninggalkan harta dan aset bernilai £24.3 juta atau RM138 juta selepas mendiang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun Liam tidak pernah membuat sebarang wasiat sebelum kematiannya yang menyebabkan semua harta tersebut diserahkan kepada pentadbir yang dilantik mahkamah.

Bekas kekasihnya iaitu penyanyi Cheryl Tweedy dan peguam Liam, Richard Bay dilantik oleh mahkamah sebagai pentadbir sementara bagi menguruskan harta peninggalan mendiang.

Liam bersama anak tunggalnya semasa baru dilahirkan.

Menurut undang-undang United Kingdom, anak-anak akan mewarisi harta pusaka sekiranya seseorang itu tidak mempunyai pasangan atau membuat wasiat.

Sementara itu, Cheryl dilaporkan akan menyerahkan kesemua harta tersebut kepada anak lelaki tunggal mereka iaitu Bear Grey Payne.

Bagaimanapun sumber terdekat penyanyi itu memaklumkan Cherly menyekat akses kepada harta tersebut sehingga Bear berusia 25 tahun.

“Cheryl sudah bercakap dengan pemegang amanah dan harta itu akan diserahkan kepada Bear apabila dia usianya mencecah 25 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ugutan terjun tidak diendahkan, Liam Payne bergelut dengan 3 pekerja hotel sebelum ditemukan maut

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel

“Dia mahu membesarkan Bear dalam suasana sederhana selain orang mendekati anaknya hanya kerana wang,” katanya sumber terdekat penyanyi tersebut.

Liam dan Cheryl menjalinkan hubungan cinta sekitar 2105 dan berpisah pada 2018 manakala Bear dilahirkan pada Mac 2017.

Pada 16 Oktober tahun lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Punca kematian Liam masih menjadi tanda tanya ramai meskipun makluman awal mengesahkan ia berkaitan dengan dadah dan minuman alkohol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain