HANYA selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Kim Bo Ra dan pengarah Jo Ba Reun mengambil keputusan bercerai.
Berita sedih itu disahkan agensi pengurusan Bo Ra iaitu Noon yang menyatakan sudah tidak sehaluan punca pasangan itu ingin menamatkan perkahwinan mereka.
Perkahwinan Bo Ra hanya bertahan selama 11 bulan.
“Selepas membuat pertimbangan teliti dan perbincangan, Bo Ra dan suami akan meneruskan penceraian.
“Mereka sudah menyelesaikan semua prosedur diperlukan untuk mengesahkan penceraian mereka.
“Susulan itu, Bo Ra dan Ba Reun minta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penceraian itu,” ujar kenyataan tersebut kepada media.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Bo Ra pilih pengarah Ghost Mansion sebagai calon suami
ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu berakhir, jadual padat jadi punca perpisahan
Dalam pada itu, Bo Ra dan pengarah drama berkenaan dikatakan berpisah kerana perbezaan personaliti di antara mereka.
Untuk rekod, Bo Ra dan Ba Reun berkahwin pada Jun tahun lalu selepas tiga tahun bercinta.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!