suria

Mi segera antara juadah majlis kenduri Luna Maya dan Maxime Bouttier

Acara pernikahan Luna berlangsung dengan meriah di Bali, Indonesia.

PERKAHWINAN pelakon Luna Maya dan Maxime Bouttier masih menjadi topik perbualan termasuk mengenai menu dihidangkan ketika acara resepsi.

Menerusi video tular di TikTok, menu hidangan disajikan termasuk juadah tradisional bubur candil, onde-onde serta sajian berat nasi bersama lauk-pauk. 

Namun apa menarik perhatian, Luna turut menyajikan menu popular Indonesia iaitu mi segera dalam senarai hidangan kepada tetamu.

Peminat teruja melihat hidangan menu di majlis perkahwinan Luna.

Ramai terkejut melihat menu itu kerana menganggap ia juadah golongan ‘marhean’. 

"Sehebat mana majlis pernikahan Luna di hotel mewah, tapi katering disediakan tidak terlalu elit sebaliknya sederhana. 

"Mungkin mi segera adalah makanan mewah bagi selebriti kerana mereka jarang menikmatinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya sah jadi milik Maxime Bouttier dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Bangun tidur pun cantik… Peminat puji wajah Luna Maya tanpa mekap

"Berbeza kalau di kampung, hidangan seperti mi segera, tempe pasti bahan umpatan orang kampung,” komen netizen.

Pada 7 Mei lalu, Luna dan Maxime sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia. 

Upacara pernikahan pasangan selebriti ini turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube

Luna.

Untuk rekod, Luna dan Maxime mula menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2023.

Pada April lalu, Maxime melamar Luna dengan melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah aktres itu semasa mereka bercuti di Jepun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain