suria

Isteri Raffi Ahmad malas mandi, anak mengadu dekat gabenor di IG

Nagita (kiri) dikatakan terlalu asyik bermain telefon sehingga tidak mahu mandi.

TIDAK tahan dengan sikap ibunya yang malas mandi, anak pelakon Raffi Ahmad iaitu Rafathar Malik membuat aduan kepada Gabenor di Jawa Barat.

Detik melaporkan Rafathar Malik mendedahkan ibunya iaitu Nagita Slavina berbau busuk selain banyak menghabiskan masa bermain telefon pintar sehingga tidak mahu mandi.

Rafathar membuat aduan kepada Gabenor berkenaan iaitu Dedi Mulyadi atau mesra disapa Kang Dedi Mulyadi (KDM) menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory milik bapanya.

Nagita (kiri) bersama anaknya Rafathar (tengah) dan pengasuh (kanan) mereka.

Nagita (kiri) bersama anaknya Rafathar (tengah) dan pengasuh (kanan) mereka.

“Kang Dedi, Kang Dedi. Ini ada yang masih belum mandi! Teruk sangat ni, sampai berbau (sebab tidak mandi),” katanya.

Dalam pada itu, Rafathar yang sedang bercuti di Shanghai, China bersama keluarganya turut meminta KDM membawa ibunya masuk ke pusat latihan ketenteraan.

Kata Rafathar, ibunya perlu dilatih agar menjadi berdisiplin dan tidak membuang masa bermain telefon.

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kekayaan hampir RM300 juta, atap rumah Raffi Ahmad bocor

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Raffi Ahmad terjatuh ketika tunggang lembu sado, perlu jalani MRI

“Masukkan sahaja mama ke pusat latihan ketenteraan sebab dia susah nak mandi, teruk sangat ni!

“Mama janji nak bawa pergi minum kopi di Shanghai tapi kami masih belum ke mana-mana lagi,” katanya.

Untuk info, Dedi Mulyadi mengasaskan program menghantar golongan remaja bermasalah menjalani latihan ketenteraan bagi memberi pengajaran kepada anak muda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain