suria

Tenang berdepan 5 pertuduhan merogol, bekas suami Katy Perry mengaku tak bersalah

Perbicaraan kes Russell akan bermula pada Jun tahun depan.

KETIKA namanya hangat diperkatakan, pelawak Russell Brand kelihatan tenang berdepan lima pertuduhan merogol.

Apa membuatkan netizen bengang, Russell, 50, kelihatan tenang seolah-olah tiada apa berlaku walaupun pertuduhan dikenakan terhadapnya berat.

Pada perbicaraan kes tersebut, Russell bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua lima pertuduhan rogol terhadapnya di Mahkamah Southwark Crown, London pada Jumaat.

Russell mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan rogol.

Russell membuat pengakuan itu bagi pertuduhan merogol, melakukan seks oral secara paksa selain tiga tuduhan serangan seksual.

Hakim kemudiannya membebaskan Russell dengan ikat jamin sementara menanti perbicaraan pada 3 Jun tahun depan.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di antara tahun 1999 dan 2004.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit tuduhan jenayah seksual, YouTube gantung saluran Russell Brand... Hilang pendapatan sehingga RM23,000 untuk satu video

ARTIKEL BERKAITAN: Russell Brand Dapat Gelaran 'Lelaki Paling Busuk'

Sebelum ini, bekas suami kepada penyanyi Katy Perry itu dituduh melakukan empat jenayah termasuk rogol, serangan seksual dan penderaan emosi terhadap empat mangsa.

Mirror melaporkan kesemua mangsa mendakwa insiden itu berlaku di antara tahun 2006 dan 2013.

Salah seorang pengadu pula mendakwa Russell mempunyai hubungan dengannya selama tiga bulan ketika dia berusia 16 tahun.

Perbicaraan kes rogol Russell ditetapkan pada Jun tahun depan.

Dakwanya pelawak itu pernah merogolnya dengan memasukkan zakar ke dalam mulutnya secara paksa sehingga tercekik.

Russell tampil menafikan semua tuduhan tersebut.

Pelawak itu bagaimanapun mengakui suatu ketika dahulu dia pernah menjalani gaya hidup bebas dan melakukan seks rambang namun semuanya atas dasar suka sama suka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策

 

Artikel Lain