PELAWAK Kiky Saputri didakwa bersikap pilih kasih terhadap anak angkatnya iaitu Aisyah.
Perkara itu menjadi bualan netizen selepas menyedari Aisyah sudah lama tidak muncul dalam perkongsian Instagram pelawak berkenaan.
Malah terbaharu, Kiky juga dilihat menyambut ulang tahun kelahiran suaminya iaitu Muhammad Kahiri bersama anak kandungnya tanpa Aisyah di sisi.
Kiky sudah jarang berkongsi foto Aisyah.
Menerusi foto dimuat naik memaparkan Kiky bersama suami dan anaknya, Kayya sambil memegang sebiji kek.
Susulan itu, rata-rata netizen mempersoalkan keberadaan anak angkatnya.
Namun ada juga berpendapat Aisyah kini sudah kembali tinggal bersama keluarga kandungnya.
"Aisyah sudah tidak tinggal bersama? Kenapa selalu tiada gambar dia?
ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh alami perubahan sejak hamil, Kiky Saputri dedah bahagian pusat berbau tahi
ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa tak jadi kahwin, pelawak Kiky Saputri hampir jadi ‘escort girl’
"Sudah lama tak nampak Aisyah, sejak ada anak sendiri, anak angkat dibaikan," antara komen netizen.
Kiky dilaporkan mengambil Aisyah sebagai anak angkat sekitar tahun 2023 ketika dia masih belum berkahwin dengan suaminya.
Difahamkan, Kiky bertindak mengambil Aisyah sebagai anak angkat selepas kanak-kanak itu kehilangan ibunya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube