NAMA abang penyanyi Jisoo Blackpink menjadi sebutan selepas dia didakwa merakam dan menyebarkan video tidak senonoh dengan bekas kekasihnya.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Kim bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.
Allkpop melaporkan, Kim juga sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah dilemparkan terhadapnya.
Kim (kanan) didakwa menyebarkan video seks bersama bekas kekasih.
“Dakwaan itu adalah palsu! Saya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini sedang berbincang dengan peguam,” ujarnya.
Sebelum ini, tular sebuah catatan dibuat seorang individu tanpa nama mendakwa pernah menjalin hubungan seksual dengan abang salah seorang anggota kumpulan Blackpink.
ARTIKEL BERKAITAN: Album solo hanya memuatkan 4 buah lagu, peminat kata Jisoo pemalas
ARTIKEL BERKAITAN: Drama belum tayang tapi netizen dah kecam lakonan Jisoo Blackpink nampak ‘kayu’
Dalam catatan tersebut, individu memberitahu dia mendapati aksi hubungan seksual mereka telah dirakam secara rahsia tanpa kebenaran.
Individu itu turut mendakwa Kim berkongsi rakaman tersebut kepada rakan-rakannya dan sedang membuat pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策