suria

Gigi dan Bella Hadid rupanya ada adik perempuan, baru dapat tahu selepas 23 tahun

Bella dan Gigi mula ketahui sejak 2023.

ENGGAN lagi berselindung, model terkenal iaitu Bella Hadid dan Gigi Hadid mendedahkan mereka mempunyai seorang adik perempuan iaitu Aydan Nix. 

Memetik laporan Daily Mail, Aydan, 23, merupakan hasil hubungan singkat bapa mereka iaitu Mohamed Hadid bersama seorang wanita bernama Terri Hatfield.

Menurut Gigi dan Bella, mereka hanya mengetahui kewujudan Aydan pada penghujung tahun 2023 dan sejak itu mereka menerima kehadirannya dalam keluarga.

Bella dan Gigi terima kehadiran adik baharu mereka.

“Selepas bercerai dengan ibu kami, ayah pernah menjalinkan hubungan dengan Terri sehingga dia mengandungkan Aydan.

“Kami mendapat tahu tentang kewujudan Aydan sekitar dua tahun lalu dan menerimanya dengan hati terbuka,” kata Bella.

Pun begitu, Bella dan Gigi menghormati permintaan Aydan yang enggan identitinya dikenali ramai.

Malah Aydan juga baru sahaja menamatkan pengajian di Parsons School of Design di New York dan kini bekerja sebagai pereka dan jurugaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bradley Cooper romantik sambut ‘birthday’ kekasih, mata netizen nampak cincin di jari manis Gigi Hadid

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid masuk hospital, dedah derita penyakit lyme sejak 15 tahun lalu

Untuk rekod, Mohamed Hadid pernah berkahwin dengan model Belanda iaitu Yolanda Hadid dari tahun 1994 hingga 2000.

Mereka juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Anwar Hadid yang kini berusia 24 tahun.

Mohamed juga mempunyai dua anak perempuan lain iaitu Alana Hadid dan Marielle Hadid hasil perkahwinan pertamanya dengan Mary Butler.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain