suria

Meringkuk di penjara, Nikita Mirzani beli 6 ekor lembu RM157,000 buat korban

Nikita tidak pernah lupa melakukan ibadah korban setiap tahun.

SELEBRITI sensasi Indonesia Nikita Mirzani tetap melakukan ibadah korban walapun masih meringkuk di dalam penjara.

Bersempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Nikita akan mengorbankan enam ekor lembu untuk dibahagi-bahagikan kepada golongan tidak mampu.

Kata Nikita, setiap tahun dia tidak pernah lupa melakukan ibadah berkenaan dan tahun ini tidak terkecuali.

Tahun ini Nikita mengorbankan enam ekor lembu.

“Alhamdulillah, setiap tahun Nikita selalu ingat untuk melakukan ibadah korban.

“Tahun ini dia akan mengorbankan enam ekor lembu di daerah yang tidak pernah merasa daging korban. 

“Semoga ini menjadi ladang pahala untuk Nikita sekeluarga,” kata wakil pelakon berkenaan di TikTok. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani kirim ucapan dari penjara, titip semangat buat anak sempena ulang tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani dakwa hamil 3 bulan, netizen anggap drama nama terkait kes peras ugut dan penggubahan wang haram

Dalam hantaran dibuat turut memaparkan sebuah video memperlihatkan momen anak bongsu Nikita iaitu Arkana bersama pembantu ibunya sedang memilih lembu untuk dikorbankan. 

Arkana mencari lembu yang mempunyai berat lebih daripada 1 tan dengan anggaran harga sekitar 150 juta Rupiah (RM39,000). 

Ini bermakna, Nikita mengeluarkan wang sekitar 600 juta Rupiah (RM157,000) untuk melakukan ibadah korban tahun ini. 

“Ya harga seekor lembu sekitar 150 juta Rupiah. Nikita mahu beli lima atau enam ekor lembu,” kata pembantu Nikita. 

Sebelum ini, pihak berkuasa di Indonesia menamakan Nikita sebagai suspek utama dalam kes membabitkan usahawan kosmetik dikenali sebagai Dr Reza Gladys.

Tahun ini Nikita mengorbankan tujuh ekor lembu.

Nikita tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Reza membuat laporan polis terhadap Nikita pada 3 Disember 2024 selepas mendakwa pelakon itu memfitnah dan melakukan peras ugut terhadapnya di media sosial.

Jika disabitkan kesalahan, Nikita boleh dihukum penjara maksimum enam tahun.

Tidak hanya itu, Nikita turut berdepan dengan pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain