ANGGOTA kumpulan Astro iaitu JinJin diberi pengecualian daripada menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan bagi kaum lelaki di Korea Selatan.
Soompi melaporkan JinJin atau Park Jin Woo, 29, disahkan menghidap penyakit autoimun dan tidak layak menjalani latihan ketenteraan.
Pengesahan itu dibuat selepas penyanyi itu melakukan pemeriksaan perubatan yang dikendalikan oleh Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera.
JinJin mengalami masalah penyakit autoimun.
“Walaupun keadaan JinJin tidak menganggu kehidupan sehariannya, dia perlu menjalani rawatan di hospital secara berkala,” kata wakil syarikat pengurusan Astro.
Dalam pada itu, agensi tersebut menjelaskan menjaga kebajikan dan kesihatan artis adalah keutamaan mereka dan berharap peminat akan terus memberi sokongan kepada karier JinJin.
ARTIKEL BERKAITAN: Jimin (BTS) ‘naik pangkat’ sebagai tentera elit, tunjuk dedikasi sepanjang berada dalam kem latihan
ARTIKEL BERKAITAN: Untung Na In Woo tak perlu jalani latihan tentera, agensi pula enggan dedah alasan pengecualian
“Agensi memberi keutamaan kepada kesihatan artis naungan kami dan akan terus menyokong aktiviti seninya dengan mengambil kira perkara tersebut.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan berterusan kepada JinJin,” tambahnya.
Untuk info, penyakit autoimun adalah satu kondisi di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri (sistem imun) yang menyerang sel-sel badan atau organ tubuh lain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube