suria

Impian tunai haji lebur, visa furada Ruben Onsu tidak diluluskan

Ruben ambil positif dugaan tidak dapat tunai haji.

PENGACARA terkenal Indonesia Ruben Onsu berlapang dada apabila hasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini terpaksa dilupakan.

Ruben atau Ruben Samuel Onsu, 42, menjelaskan ia disebabkan visa furada bagi mengerjakan haji tidak diluluskan. 

Bagaimanapun Ruben tidak kecewa sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian selain masih belum rezekinya mengerjakan ibadah tersebut.

Visa furada Ruben tidak dapat diluluskan.

"Saya reda tidak dapat tunai haji tahun ini disebabkan ada beberapa isu berhubung visa furada.

“Sebagai saudara baru dalam Islam, saya anggap ada hikmah dan belum rezeki saya ke Tanah Suci Makkah.

“Insya-Allah saya ambil kesempatan ini untuk terus belajar dan menikmati sahaja segala aturan telah ditetapkan Allah untuk saya,” katanya.

Ruben sepatutnya berangkat ke Tanah Suci Makkah pada penghujung Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 bulan peluk Islam, Ruben Onsu bakal tunai ibadah haji

ARTIKEL BERKAITAN: Ruben Onsu berjaya hafal surah pendek selepas 2 hari peluk Islam

Peluang mengerjakan ibadah berkenaan adalah pelawaan dari sebuah agensi haji dan umrah yang turut disertai beberapa selebriti Indonesia yang lain.

Bagaimanapun pengacara itu diduga apabila visa Furadanya tidak diluluskan.

Untuk info, visa furada merujuk kepada visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi.

Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain