suria

Tanpa segan silu tayang aksi bercium, 2 peserta Indonesian Idol dianggap tak sedar diri

Aksi mesra Fajar dan Shabrina (kiri) tular di media sosial.

DUA finalis Indonesian Idol musim ke-13 iaitu Shabrina Leanor dan Fajar Noor tanpa segan silu memuat naik video mereka sedang bercium di media sosial.

Sedar tindakan memuat naik video tersebut mengundang kecaman, Shabrina memadam rakaman berkenaan.

Bagaimanapun sebuah portal hiburan di Indonesia berjaya membuat tangkap layar aksi tidak senonoh mereka.

Fajar (kiri) dan Shabrina didakwa menjalin hubungan sewaktu pertandingan Indonesian Idol 13.

Fajar (kiri) dan Shabrina didakwa menjalin hubungan sewaktu pertandingan Indonesian Idol 13.

Susulan itu, netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan yang disifatkan sebagai keterluan selain tidak sedar diri.

“Tak malu ke dengan senior Indonesian Idol yang lain? Belum popular sudah ada skandal. 

“Kenapa Bina (panggilan Shabrina) kongsi content seperti ini? Mereka tidak tahu ke artis selalu menjadi perhatian ramai,” tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty beri Afgan amaran, naib juara Indonesian Idol bakal jadi pesaingnya

ARTIKEL BERKAITAN: Takut berdepan juri, Afgan cabut lari uji bakat Indonesian Idol sebab pemalu

Shabrina berkongsi sebuah video berbentuk time-lapse memaparkan dia sedang merias wajah Fajar di akaun TikTok miliknya sebelum mereka bercium. 

Pun begitu, selepas beberapa minit Shabrina memadam hantaran tersebut kerana menyedari video perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen. 

 

Untuk info, selepas dinobatkan sebagai juara Indonesian Idol pada 19 Mei lalu, Shabrina mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan Fajar sejak di awal pertandingan berlangsung. 

Shabrina mendedahkan perkara itu ketika menjadi tetamu undangan dalam program Nebeng Boy New Era bersama Boy William.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain