BERKONGSI rezeki sempena Hari Raya Aidiladha, penyanyi Dewi Perssik membeli 17 ekor lembu untuk dijadikan ibadah korban.
Meluahkan rasa gembira, Dewi, 39, juga sudah memasang niat awal untuk mengeluarkan belanja besar tahun ini.
Baginya setiap rezeki yang diperoleh harus dijadikan manfaat buat lebih ramai orang termasuk golongan memerlukan.
Dewi teruja dapat berkongsi dengan ramai orang.
"Ada rezeki lebih jadi saya membeli beberapa ekor lembu.
"Di Jakarta saya korban dua ekor lembu, kemudian lima ekor di Sumbersari. Manakala 10 ekor lagi di kampung datuk saya," katanya.
Penyanyi ini memberitahu dia sudah mendapat kerjasama pengusaha ternakan lembu bagi memastikan setiap haiwan korban yang ditempah dijaga dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tunjuk bukti masih subur, balas tuduhan mandul
ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik bukan ditinggalkan tapi percintaan dengan juruterbang sudah tiada ‘spark’
Malah dia menegaskan agar setiap lembu mempunyai berat mececah lebih 1,000 kilogram.
"Saya juga sudah pesan kepada mereka sentiasa memberi makan biar lembu itu gemuk," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube