suria

Jin BTS beli rumah ketiga, bayar harga tunai RM55 juta

Jin membeli apartmen mewah ketiga secara tunai.

BIJAK dalam membuat pelaburan masa depan, penyanyi Jin yang juga anggota kumpulan BTS dilaporkan baharu sahaja membeli sebuah kediaman mewah. 

Lebih istimewa lagi Jin atau Kim Seok Jin, 33, memilih lokasi di kawasan elit di Hannam The Hill, Seoul, Korea Selatan. 

Rumah jenis apartment itu dibeli secara tunai pada harga sekitar RM55 juta. 

Jin mengumpul aset dengan membeli kediaman mewah.

Jin mengumpul aset dengan membeli kediaman mewah.

Tindakan Jin mendapat pujian ramai selain ada juga yang meluahkan rasa cemburu dengan kejayaannya memiliki kediaman berkenaan.  

“Keputusan Jin membeli sebuah lagi rumah adalah tepat. Nilai kediaman di Korea sangat berharga dan mampu memberikan pulangan berganda kelak. 

“Ada sebab kenapa orang mahu mencari banyak wang. Cemburunya saya lihat rumah baru Jin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang kejadian buruk berulang, Jin BTS ‘warning’ peminat jangan sentuhnya

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise hubungi Jin BTS, mahu tampil jadi tetamu program ‘Run Jin’ 

“Saya sangat cemburu dengan bakal isteri Jin, orang paling bertuah dalam dunia,” komen netizen.

Pembelian kediaman baharu ini menambah lagi aset milik Jin di salah sebuah kawasan perumahan paling eksklusif di Korea Selatan yang juga menjadi pilihan ramai selebriti dan tokoh berprofil tinggi.  

Untuk rekod, pada 2019 Jin telah memberi dua buah apartmen bernilai RM14 juta dan meletakkan nama kedua ibu bapanya untuk unit tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain