suria

Polis serbu konsert G-Dragon, tangkap pekerja haram

Kejadian tak halang G-Dragon buat persembahan.

KONSERT hari kedua G-Dragon 2025 World Tour [Übermensch] di Macau menjadi huru-hara apabila pihak berkuasa menyerbu kawasan berkenaan pada Sabtu.

Memetik laporan Koreanboo, serbuan tersebut dilakukan beberapa jam sebelum konsert berlangsung di Galaxy Arena. 

Menerusi beberapa  video yang tular, kakitangan pengurusan konsert tersebut ditangkap secara beramai-ramai.

Pekerja ditahan dan dikempung agar tidak melarikan diri.

Malah ketika serbuan berlaku, pengunjung konsert berkenaan yang sedang beratur di kaunter tiket tidak dibenarkan meninggalkan barisan walaupun sudah selesai melakukan urusan jual beli.

Menurut saksi yang berada ditempat kejadian, kebanyakan pekerja yang ditahan merupakan pendatang haram tanpa permit yang sah.

"Ini kali pertama saya melihat polis Macau bergegas ke acara besar untuk menangkap pekerja haram. 

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert 2 malam G-Dragon di KL ‘sold out’, tiket dijual semula sehingga RM28,000

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lagi mimpi, konsert G-Dragon di KL selama 2 hari Julai depan

"Majoriti mereka sebenarnya bekerja secara haram," ujarnya.

Mereka juga mendakwa penahanan itu berlaku akibat tindakan scalper atau pembeli hantu yang ingin membalas dendam kerana ditangkap oleh kakitangan berkenaan pada hari pertama konsert.

Tambahnya lagi, perkara itu mencetuskan kebimbangan dan ketakutan mereka yang tidak pernah berada di situasi cemas berkenaan.

"Semalam staf di situ ada menangkap scalper, jadi mereka marah dan balas dendam. 

Peminat cemas apabila berlakunya penyerbuan.

"Mereka hubungi polis dan beritahu syarikat itu upah pekerja di bawah 18 tahun dan pekerja dari China," jelasnya.

Meskipun kekacuan itu berlaku sebelum G-Dragon menaiki pentas namun ia tidak menghalang penyanyi itu membuat persembahan dengan baik.

Sementara itu, pihak agensi G-Drgaon dipercayai tidak terlibat dalam kekecohan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain