suria

Tak perlu bayar royalti, semua bebas menyanyikan lagu Charly Van Houten

Charly percaya dengan rezeki ditetapkan Tuhan.

VOKALIS kumpulan Setia Band, Charly Van Houten memberi kebebasan kepada mana-mana pemuzik untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

Charly, 43, memberitahu, mereka yang menyanyikan lagu hitsnya tidak perlu membayar sebarang royalti seperti yang sedang kecoh dalam industri hiburan Indonesia. 

Charly benarkan semua lagu ciptaannya dinyanyikan tanpa menuntut sebarang royalti.

Daripada terkeliru, saya Charly membenarkan semua rakan penyanyi di seluruh Indonesia mahu pun dunia untuk bebas menyanyikan semua lagu saya di pentas atau di mana-mana sahaja.

“Tiada kewajipan membayar royalti. Salam sejahtera,” katanya.

Charly berkongsi perkara itu sebagai respons mengenai kontroversi royalti lagu yang menjadi pendebatan buat pemuzik-pemuzik di Indonesia ketika ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gadis Malaysia’ buat peminat Indonesia marah, Charly Van Houten anggap hanya isu cemburu

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Konsert Setia Band 20 Tahun Charly Berkarya’ di Zepp KL pukau ribuan penonton, jelajah diteruskan di tiga lokasi lain

Pendekatan Charly itu meraih pujian ramai kerana dianggap tidak takut rezekinya diambil orang lain.

Jelas penyanyi itu, dia tidak bimbang soal rezeki kerana percaya dengan setiap aturan yang sudah ditetapkan oleh Tuhan.

“Kalau betul sudah tertulis rezeki, pasti akan kembali kepada kita. Jadi tak perlu risau," ujarnya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia