suria

RM derita insomnia, pernah 2 hari tak tidur di kem ketenteraan

RM pernah dua hari tak tidur sewaktu di kem tentera.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu RM berdepan kesukaran untuk tidur sepanjang menjalani latihan di kem ketenteraan.

RM atau Kim Nam Joon, 31, mendedahkan dia mengalami masalah insomnia sehingga pernah tidak dapat tidur untuk dua malam berturut-turut.

"Salah satu kesukaran terbesar adalah tidur. Ini adalah kali pertama saya bergelut dengan masalah tidur. 

RM dan V sudah tamat jalani khidmat wajib ketenteraan pada Selasa.

"Saya mengalami masalah insomnia. Tambahan pula, saya terpaksa tidur bersama 20 askar yang ada antaranya berdengkur dan menendang, menyebabkan saya semakin sukar untuk tidur. 

"Pernah sekali, saya tidak tidur selama dua malam. Pada waktu itu, saya benar-benar rasa seperti akan mati,"katanya. 

RM mendedahkan perkara itu ketika sedang membuat siaran langsung menerusi aplikasi Weverse.

Dedah RM lagi, disebabkan masalah insomnia yang dialaminya, dia terpaksa mengambil ubat sebagai alternatif untuk merawat masalah tidur. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat latihan asas dengan penuh gaya, Tae Hyung dan RM terima anugerah ‘Pelatih Elit’

ARTIKEL BERKAITAN: RM BTS menang American Music Awards 2025, tewaskan Rose Blackpink dan Stray Kids

Tambahnya lagi, keadaannya kini semakin baik selepas mendapat tidur yang mencukupi hasil bantuan ubat yang diberikan doktor.

"Saya mengantuk tetapi tidak boleh tidur. Fikiran terlalu aktif dan saya tidak mampu bertahan.

"Jadi, saya mula mendapatkan bantuan dengan berjumpa doktor.. 

"Saya juga dapati ubat yang diberikan serasi dengan saya dan masih menggunakannya sehingga kini. Sudah setahun dua bulan berlalu dan saya rasa keadaan saya semakin bertambah baik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia