suria

Tanggung hutang RM3.8 juta, Kim Sae Ron tebalkan muka pinjam duit rakan

Kim Sae Ron berdepan pelbagai masalah sebelum ditemui tidak bernyawa.

PELAKON terkenal Korea Selatan, Kim Sae Ron yang meninggal dunia awal tahun ini dilaporkan melalui kehidupan penuh derita akibat masalah kewangan yang serius selama beberapa tahun.

Menurut laporan media, mendiang dilaporkan menanggung hutang kira-kira 1.20 billion KRW atau RM3.8 juta. 

Lebih parah lagi ketika berusia 20 tahun dia turut menanggung hutang keluarga selepas bapanya diisytiharkan muflis sekitar tahun 2020 akibat gagal dalam perniagaan yang dijalankan.

Mengikut rekod mahkamah 2023, Sae Ron tersenarai sebagai salah seorang pemiutang dalam kes muflis peribadi bapanya yang dianggarkan sekitar 200 juta KRW atau RM624,000.

Mendiang dipercayai sudah lama berdepan tekanan melampau.

Tidak hanya itu, perniagaan restoran mendiang bersama rakannya juga gagal dan terpaksa ditutup pada 2024.

Keadaan lebih teruk apabila dia didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2022.

Disebabkan beban hutang yang tidak tertanggung, Sae Ron terpaksa menebalkan muka dengan membuat pinjaman dengan rakan artis, atlet dan kenalan di agensinya untuk meneruskan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah punca kematian, Kim Sae Ron dah lama berdepan tekanan

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Sae Ron rancang buka kafe, sempat tukar nama sebelum ditemukan mati

Pun begitu, masalah hutang belum disahkan sebagai punca utama kematiannya.

Pada 15 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan.

Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang bertemu mendiang.

Mendiang memulakan karier lakonan sejak kanak-kanak.

Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

Berdasarkan laporan media, kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri akibat tekanan melampau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain