PENYANYI dan pelakon Jared Leto menyangkal dakwaan salah laku seksual terhadap sembilan wanita termasuk kanak-kanak bawah umur.
Memetik laporan AirMail, wakil pihak pengurusan Jared menyatakan semua dakwaan yang dilakukan terhadap penyanyi berkenaan adalah tidak benar.
“Semua dakwaan kes gangguan seksual itu adalah tidak benar,” katanya ringkas.
Pihak pengurusan Jared menafikan kesemua dakwaan terhadap penyanyi berkenaan.
Pada Jumaat lalu, portal terbabit mendedahkan penyanyi lagu The Kill itu melakukan gangguan seksual terhadap sembilan wanita termasuk remaja bawah umur sejak awal tahun 2000.
Salah satu dakwaan dibuat oleh DJ Allie Teilz apabila didakwa menjadi mangsa gangguan seksual daripada Jared sejak usianya 17 tahun.
Menurut Allie, kejadian itu membuatkan dirinya trauma dan mengatakan Jared tidak peduli apabila mengetahui usianya masih bawah umur.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Teruja tonton trailer House of Gucci, penampilan Jared Leto bikin peminat hampir tak kenal
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber akhirnya jawab dakwaan jadi mangsa keganasan seksual P. Diddy
Dalam pada itu, seorang lagi mangsa memberitahu dia dihubungi Jared menerusi panggilan telefon pada lewat malam ketika masih berusia 16 tahun.
Penyanyi itu membicarakan topik seksual ketika membuat panggilan tersebut.
Bagaimanapun, penyanyi berkenaan masih tidak lagi memberikan kenyataan lanjut berhubung isu tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube