PENYANYI Katy Perry dan pasangannya iaitu aktor Orlando Bloom memilih jalan untuk berpisah secara baik selepas sembilan tahun menjalinkan bersama.
Memetik laporan Page Six, hubungan pasangan ini sedikit tegang beberapa bulan sebelum kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Meskipun sedih, namun Katy dikatakan berlapang dada kerana tidak perlu melalui satu lagi fasa perceraian yang memberi tekanan dalam hidupnya.
Katy dan Orlando sudah cuba pertahankan hubungan mereka.
"Katy dan Orlando berpisah secara baik. Buat masa ini, ia bukan sesuatu yang menjadi pertikaian.
"Katy sudah tentu berasa sedih tetapi lega kerana tidak perlu melalui satu lagi penceraian, memandangkan itu adalah saat paling sukar dalam hidup," katanya seorang rakan terdekat pasangan itu.
Meneruskan rutin harian seperti biasa, Katy juga kini sibuk dengan konsert jelajah The Lifetimes Tour yang sedang berlangsung sejak April lalu sehingga Disember nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom ringan tulang buat kerja rumah, hubungan intim cara Katy Perry ucap terima kasih
ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry teruja terima kunjungan bekas isteri Orlando Bloom, Miranda Kerr
Jadual kerja yang padat dapat mengalihkan tumpuan penyanyi itu dan membuatkan dia tidak terlalu berfikir tentang perpisahan.
Untuk rekod, Katy dan Orlando mula menjalinkan hubungan cinta pada 2016 lalu dan bertunang tiga tahun selepas itu.
Mereka memiliki seorang anak iaitu Daisy Dove, 4, yang kini di bawah jagaan Katy.
Sebelum itu, Katy pernah berkahwin dengan Russell Brand pada 2010 dan berpisah pada 2012.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube