suria

Pelakon Indonesia dedah tak pernah keluar duit sendiri selama 28 tahun nikah dengan suami

Diah tidak pernah mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan harian.

PELAKON Indonesia, Diah Permatasari mendedahkan tidak pernah mengeluarkan wang selama menjalinkan hubungan cinta dan bernikah dengan suaminya iaitu usahawan Anton Wahyu Jatmiko. 

Memetik laporan Kompas, Diah berkata, selama 28 tahun mendirikan rumah tangga, suaminya tidak pernah mengizinkan dia untuk menggunakan wang sendiri. 

"Wang dia (suami) wang saya, wang saya bukan wang dia. 

Diah (kiri) dan Anton sudah bernikah selama 28 tahun.

"Jika ada jualan murah di pusat membeli-belah, saya akan mengajak suami dan dia akan membayar semua barangan yang saya mahu," katanya. 

Tambah Diah,  Anton berusaha keras untuk memastikan semua keperluan dapat disediakan sekali gus mahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. 

Katanya, tindakan itu memang sewajarnya dilakukan oleh para suami dan dia berasa hairan apabila segelintir individu menyifatkan sikap Anton adalah luar biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Terpukau tengok kediaman mewah, kumpulan NCT mahu jadi anak Raffi Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: Ronan Keating bawa haiwan peliharaan naik jet mewah, tak berkira keluar belanja RM59,000 untuk seekor

"Sebenarnya apa yang dilakukan suami saya ini memang wajar. Kenapa ada yang memerli dan mengatakan hidup saya sangat selesa. 

"Bukankah suami memang harus memberi nafkah kepada isteri, bukan kita yang perlu beri wang buat suami," ujarnya. 

Untuk rekod, Diah mendirikan rumah tangga dengan Anton pada 5 April 1997.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marcello Louis Reynara dan Marciano Nicholas Jatmiko. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain