suria

Anak P. Diddy kerjasama dengan Kanye West, hasilkan lagu 'Diddy Free'

Kanye (kiri) menghasilkan lagu untuk Diddy berhubung dakwaan kes jenayah seksual yang dilaluinya.

ANAK kepada penyanyi rap Sean 'Diddy' Combs iaitu Christian King berkerjasama dengan komposer dan penyanyi Kanye West dalam menghasilkan lagu sempena hari pembelaan terakhir di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat. 

Menurut laporan Variety, lagu berjudul 'Diddy Free' yang dilancarkan pada Jumaat lalu dibuat bagi memberi penghormatan kepada Diddy yang didakwa atas beberapa kes jenayah seksual. 

Dalam lirik lagu berkenaan, ia jelas membawa maksud yang mengatakan tiada siapa yang akan tidur sehingga melihat bapanya itu dibebaskan. 

Diddy kini ditahan di salah sebuah pusat tahan di Amerika Syarikat.

Selain itu, terkandung juga lirik yang mendakwa perbicaraan yang berlangsung adalah satu usaha untuk menjatuhkan imej Diddy sebagai penyanyi rap disegani ramai. 

Kerjasama penghasilan lagu itu juga turut menampilkan penyanyi jemputan iaitu North West, anak perempuan Kanye dan personaliti Kim Kardashian yang berusia 11 tahun. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengaku jadi mangsa rogol, tarik nafas lega lepas P. Diddy buka seluar

ARTIKEL BERKAITAN: Cassie dipaksa seks dengan pelacur lelaki, dibelasah P. Diddy jika tak ikut arahan

Pada 16 September lalu, P. Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat.

Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy sebaliknya memerintahkan penyanyi berusia 55 tahun itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut.

Susulan penahanan itu ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa termasuk artis lelaki seperti Usher, Justin Bieber, Jaden Smith dan Meek Mill.

Diddy bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan dilemparkan kepadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain