suria

Puasa 17 jam sehari rahsia Lee Hyori kekal langsing

15 tahun Hyori disiplin amalkan diet IF.

MEMILIKI bentuk badan yang langsing pada usia 46 tahun, ramai peminat mahu mengetahui rahsia yang diamalkan penyanyi Lee Hyori.

Kata Hyori, 46, sudah 15 tahun dia berdisiplin dalam menjaga bentuk tubuh badannya dengan berpuasa selama 17 jam sehari.

Hyori berpuasa selama 17 jam sehari.

Jelas Hyori, dia juga akan melangkau sarapan dan hanya makan pada waktu tengah hari dan malam sahaja.

Malah, dia dan keluarganya akan makan malam sebelum jam 6.30 petang kerana tidak gemar makan lewat malam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Hyori menyesal jadi artis, mahu jalani kehidupan normal bersama keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Demi jaga hubungan suami isteri, Lee Hyori tutup akaun IG

Tambah Hyori, keluarganya hanya makan di luar sekali-sekala, tetapi tidak pernah memesan penghantaran makanan walaupun sekali.

Perkara itu dijelaskan Hyori ketika muncul sebagai tetamu dalam program Pinggyego yang dihoskan pengacara Yoo Jae Suk menerusi salauran YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain