HUBUNGAN mesra pelakon Olla Ramlan bersama aktor Teuku Ryan semakin menjadi bualan netizen apabila mendakwa mereka sedang bercinta.
Menjawab mengenai perkara itu, Olla, 45, memberitahu hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan sekerja memandangkan mereka dibawah syarikat pengurusan yang sama.
Dia juga meminta agar orang ramai tidak mengaitkan nama mereka lagi.
Foto mesra Olla dan Ryan jadi bualan netizen.
"Kami berada di bawah satu pengurusan yang sama," katanya memetik laporan Detik Hot.
Malah Olla juga meminta orang ramai menghormati privasi, lebih-lebih lagi gosip yang mendakwa dia menjalinkan hubungan bersama lelaki yang lebih muda.
"Buat masa ini saya hanya lebih selesa berkongsi dengan sesiapa yang rapat dengan saya," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Teuku Ryan dituduh kaki disko, merayu Ria Ricis henti sebar fitnah - “Awak bergelar hajah tau”
ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan tak bagi jumpa anak melampau, Ria Ricis geram Teuku Ryan sanggup upah rider hantar balik rumah
Sebelum ini, tular foto mesra Olla bersama Ryan ketika di sebuah acara mengundang perhatian ramai.
Rata-rata netizen mendakwa Ryan merupakan kekasih baharu Olla.
Ia ekoran kenyataan Olla yang mengakui sudah empat bulan bercinta dengan lelaki lebih muda.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube