suria

Rumah Enhypen kena ceroboh, ‘sasaeng’ berani curi-curi rakam video

Privasi Enhypen diganggu pihak tidak bertanggungjawab.

KUMPULAN Enhypen menjadi mangsa terbaharu tindakan luar kawalan peminat yang berani menceroboh masuk kawasan kediaman mereka. 

Memaklumkan perkara berkenaan, pihak pengurusan Enhypen iaitu Belift Lab memberitahu pelaku telahpun ditahan polis selepas kejadian pada Ahad dan kes berkenaan masih dalam siasatan. 

Pihak mereka juga tidak akan berkompromi atas kesalahan yang dianggap telah mengganggu privasi setiap anggota kumpulan tersebut. 

Pihak pengurusan Enhypen ambil tindakan tegas. 

"Kami akan bekerjasama dalam proses siasatan untuk memastikan suspek dihukum sewajarnya mengikut undang-undang," jelas kenyataan pihak pengurusan. 

Mengikut laporan, peminat fanatik atau lebih digelar 'sasaeng' memecah masuk ke dalam rumah tempat di mana semua anggota Enhypen tinggal. 

Bukan hanya kesalahan menceroboh, malah pelaku juga dikatakan merakam video aktiviti setiap anggota Enhypen di premis berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Puasa 17 jam sehari rahsia Lee Hyori kekal langsing 

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Suga jejaskan kerjaya BTS, notis petisyen mohon sekat kemunculan di TV

Susulan kejadian itu, pihak Belift Lab turut membuat laporan berhubung penyebaran maklumat peribadi artis mereka yang semakin berleluasa secara atas talian.

"Kami kenal pasti banyak pihak yang memalsukan dan menjual maklumat peribadi artis secara haram. 

"Kami juga membuat laporan kepada pihak berkuasa China tentang akaun yang melakukan kegiatan seperti itu," jelasnya.

Untuk info,  'sasaeng' adalah gelaran yang digunakan di Korea bagi menggambarkan peminat yang agresif dan terlampau taksub hingga sanggup mengganggu ketenteraman selebriti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain