PELAKON Orlando Bloom dilaporkan sudah memerhati selebriti media sosial Kim Kardashian sebelum membuat kejutan berpisah dengan penyanyi Katy Perry.
Mirror melaporkan, tular sebuah foto yang dirakamkan pada acara makan malam September lalu menunjukkan Orlando memegang pinggang Katy tetapi dalam masa sama memandang ke arah Kim yang anggun menggayakan gaun rona putih.
Tidak pasti sama ada foto tersebut hanyalah satu kebetulan, namun netizen mendakwa pelakon filem siri The Lord of The Rings ini curi-curi pandang Kim meskipun sedang bersama kekasihnya itu.
Katy (kiri) dan Orlando mengumumkan sudah berpisah selepas sembilan tahun bercinta.
"Kalau anda sebagai Katy, agaknya apa yang anda rasa bila teman lelaki pandang wanita lain?
"Memang fitrah lelaki suka melihat perempuan cantik," tulis netizen.
Sebelum ini, Katy dan Orlando memaklumkan sudah berpisah secara baik selepas sembilan tahun menjalin hubungan cinta.
ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sembilan tahun berakhir, Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah secara baik
ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom ringan tulang buat kerja rumah, hubungan intim cara Katy Perry ucap terima kasih
Memetik laporan Page Six, hubungan pasangan ini sedikit tegang beberapa bulan sebelum kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Untuk rekod, Katy dan Orlando mula bercinta pada 2016 dan bertunang tiga tahun selepas itu.
Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata iaitu Daisy Dove, 4, yang kini di bawah jagaan Katy.
Sebelum itu, Katy pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Russell Brand pada 2010 dan berpisah selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube