suria

Tiada bukti kukuh, polis gugurkan siasatan Ju Hak Nyeon terlibat aktiviti pelacuran

Ju Hak Nyeon lega selepas semuanya selesai.

PENYANYI Ju Hak Nyeon boleh menarik nafas lega selepas dakwaan melibatkan dirinya terlibat dengan aktiviti pelacuran digugurkan. 

Pihak berkuasa dari Balai Polis Gangnam, Korea Selatan memutuskan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan kerana tiada bukti mencukupi. 

Siasatan awal terhadap Hak Nyeon sebelum ini dibuat berdasarkan laporan awam menerusi satu petisyen berhubung isu berkenaan. 

Siasatan terhadap Hak Nyeon akhrinya diberhentikan.

Dia dikatakan membayar sejumlah wang kepada pelakon filem prono asal Jepun iaitu Asuka Kirara bagi tujuan langganan untuk melakukan hubungan intim. 

Semua dakwaan dibuat terhadap penyanyi itu juga berdasarkan laporan media serta paparan video yang dimuat naik di sosial media. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ju Hak Nyeon tidak berdiam, saman media sebar berita palsu... Dakwa syarikat sengaja tamatkan kontrak tanpa sebab

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli The Boyz sangkal dakwaan terlibat skandal langgan pelacur, foto bersama pelakon dewasa Jepun tidak melibatkan aktiviti haram

Polis kemudian membuat kesimpulan bawah segala dakwaan itu tidak mempunyai asas yang kukuh. 

Sementara itu Hak Nyeon sebelum ini juga menafikan dia terlibat dengan aktiviti sebegitu namun mengakui ada pertemuan bersama Asuka. 

Susulan kontroversi ini juga nama Hak Nyeon digugurkan sebagai salah seorang anggota kumpulan The Boyz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain